Friday, 1 April 2016

Tupperware Puncak Jalil Lokasi Yang Strategi

Puncak Jali adalah lokasi yang sangat trategi. Dulu kawasan ini nampak macam tempat terbiar, tapi sekarang sangat maju. Selepas lot lot kedai di PUJ 3 siap, harga rumah pun naik melambung. Puncak Jalil terletak lebih kurang 30KM dari KLCC. Bandar Puncak Jalil mempunyai dua akses iaitu dari kinrara dan dari taman equine. Kalau nak ke selatan anda boleh menggunakan laluan taman equine iaitu akses ke arah putrajaya. Jika anda mahu pergi membeli belah di pusat bandar kuala lumpur anda boleh menggunakan akses bandar kinrara.
 Untuk ke pusat bandar kuala lumpur, hanya ambil masa lebih kurang 20 minit sahaja melalui jalan puchong-bukit jalil, jalan sungai besi dan terus ke pusat bandar tanpa membayar tol. Jadi tak hairan lah ramai yang suka tinggal di puncak jalil.
 Kedai makan dan kedai runcit di puncak jalil pun banyak. Kalau malas masak semasa balik kerja terus boleh pergi ke PUJ 3 mencari kedai makan mamak atau kedai makan tom yam. Kalau nak makan western pun juga ada di jalan PUJ 3/9.
 Dalam bandar puncak jalil ni ada 3 buah klinik dan satu klinik yang beroperasi 24 jam. Jadi tak perlu risau untuk pergi jauh jauh jika ada kecemasan di waktu malam. Terus sahaja rujuk ke klinik di puncak jalil.
 Di hari minggu, setiap pagi ahad ada tapak jualan But Sale. Ramai jugak orang yang menjual dikawasan ini. Kalau anda yang menjual kat sini pun senang saja, just datang dan buka. tiada siapa nak halang. Tapi kat puncak jalil ni, kedai tupperware masih tak ada siapa buka lagi. Kalau anda nak jadi dealer sila lah buka.
 Sekolah yang berdekatan ialah sekolah kebangsaan taman desaminium, sekolah menengah puncak jalil dan sekolah bandar kinrara.

Menu Ulam Dan Kerabu Sajian Sihat

Sebut saja ulam ulaman atau pucuk dari kampung sudah pasti ramai yang terbayang menu masakan yang enak dan khasiat yang bagus untuk dimakan. Pada zaman dahulu, ulam ulaman dihidangkan setiap kali makan tengahari atau makan malam kerana ia menu utama orang kampung, namun sehingga kehari ini masih ramai lagi setiap kali makan tengahari atau makan malam, mereka menghidangkan ulam ulaman untuk dimakan. Menu ini sangat berkhasiat dan ada yang mengatakan ia petua awek muda. Kebanyakan orang yang makan ulam ulaman dikatakan nampak lebih muda dan lebih cergas. Untuk panduan semua, ini adalah makanan ulam ulaman yang sentiasa dihidangkan.

1. Peria Goreng Rangup
2. Kerabu Mengkudu
3. Kerabu Bunga Betik
4. Pucuk Pegaga
5. Sambal Nyior
6. Kerabu Cekur
7. Masak Tempoyak Daun Kayu
    ( Pucuk Ubi, Daun Kunyit, Labu, Daun Kadok dan Petai)
8. Pucuk Paku Goreng
9. Ulam Raja Air Asam

Lepas ini,sesiapa yang nak amal petua awek muda dan sentiasa nampak cergas bolehlah bertukar menu. Setiap kali makan sediakan ulam ulaman seperti diatas. Makan banyak pucuk ulam sebenarnya lebih kenyang lama berbanding makan nasi yang banyak.