Product tupperware ni memang bagus, tapi harganya sangat lah mahal. Sebagai rakyat malaysia yang terpaksa bayar itu ini dan taraf hidup serba mahal ni, baik anda beli tupperware yang sentiasa anda pakai sahaja. Jika tupperware tu tak pakai baik tak payah beli sebab nanti anda perlu ada ruang yang besar atau kabinet dapur yang luas untuk simpan tupperware anda.
Semua product tupperware boleh dikatakan comel comel dan senang nak jaga. Saya 70% daripada barang dapur guna product tupperware, tapi ada juga yang mudah rosak sebab tak tahan panas. Macam senduk tupperware semasa memasak kena hati hati, jangan letak di tepi dapur kalau tak ia akan cair sebab panas. satu lagi dapur kukus roti pau tu, kena sentiasa isi air dalam kuali semasa menggunakannya, kalau tidak abis rosak. Lain lain product yang tidak terlibat dengan masakan setakat ni ok lagi. cuma jangan perlu diingatkan jangan letak tepi dapur semasa memasak. Itu sahaja.
Terima Kasih.