Ramai orang becakap pasal Kuala Selangor, tapi saya tak pernah pun sampai kesana. Mereka selalu bercakap tentang Pasar Pasir Penambang yang menjual ikan dengan harga yang murah. Saya tak banyak kali plan nak pergi kesana namun tiada masa yang sesuai untuk ke Kuala Selangor.
Semalam, kebetulan dengan musim cuti sekolah ni, anak anak tiada kelas tuition, Jadi saya pun plan lah untuk ke Kuala Selangor untuk bercuti balik hari. Saya tengok dalam Waze, perjalanan dari Bandar Kinrara ke Kuala Selangor makan masa lebih kurang 1 jam 15 minit. Bertolak dalam pukul 11:45 pagi selepas makan tengahari. makan awal sikit hari ini sebab nak jimat duit. Tapi harga tol sangat mahal. RM8 sehala. Takperlah bukannya tiap tiap hari. Tapi terpikir jugak orang yang tiggal di Kuala Selangor, kerja di Kuala Lumpur ni. Berapalah belanja diorang sehari. Kalau gaji setakat 2 atau 3 ribu ringgit baik kerja kat Kuala Selangor lah.
Bila sampai di Kuala Selangor, bandar Kuala Selangor bukanlah kampung sangat. Ada KFC dan McD tu. Banyak bangunan rumah kedai yang baru naik. Nampak tersusun jer bandar Kuala Selangor. Dalam perjalanan sebelum sampai ke Kuala Selangor, kami singgah sekejap di kedai Cendol Bakar. Ingatkan special cendol ni, rupanya biasa jer.. hehehe. sebab dah biasa makan cendol masa tinggal di Kelantan dulu. Bagi saya, cendok di Kelantan lagi sedap.
Dalam pukul 1 lebih sikit, kami pun sampailah bandar Kuala Selangor. Kat sebelah kiri bandar selangor ni, tepi laut, banyak bangunan kerajaan. Ada nampak rumah api di Kuala Selangor Nature Park, tapi kami tak pergi kesana. Just nampak kut tepi sahaja. Kalau nak pergi tempat menarik di Kuala Selangor ni boleh lah singgah tempat ni. Tapi kami datang just nak pusing pusing jer. Nak pergi Pantai Remis di sungai Sembilang pun jauh lagi. Lagi pun panas terik sekarang ni tak sesuai untuk berjemur di tepi pantai. Pujuk anak anak lain kali lah kita pergi Pantai Remis. Nanti kita main layang layang, tengok matahari terbenam dan berkelah kat tepi pantai tu.
Sampai jer kat Pasar Basah Pasir Penambang, kita orang pun berhenti sekejap untuk beli bahan mentah untuk masak seperti ikan jenahak, ikan merah, ketam, sotong dan udang galah. Harga kat sini lebih kurang harga di Pasar Borong Selangor tapi bahan mentah kat sini ni fresh. Ketam ni, masih hidup lagi. Beli lah tiga kilo, nak makan seafood kononnya nanti. haha. Tapi kena bawa tong ais kalau tuan puan nak datang sini sebab nak balik KL semula jauh. Tapi tong ais bleh beli kat sini, harga hanya rm5 jer. Hari ini habis dalam RM250 untuk beli bahan mentah seafood ni. Boleh tahan sebulan lebih nih. sebab bukana selalu makan pun. Kalau sesiapa nak tiru cara macam ni, pastikan peti ais anda tu besar supaya boleh simpan seafood anda tu lama lama.
Lepas berborong ikan kat pasar, kami singgah Tesco sekejap untuk jumpa kawan, Minum-minum kat situ, pastu terus balik rumah. So begitulah perjalanan kali pertama saya ke kuala Selangor :) Lain kali boleh lah makan seafood kat Riverview Seafood atau Jeti Seafood kuala selangor. Tapi kena bertolak dalam pukul 3 petang sampai sana dalam waktu asar lepas tu pergi ke restoran :)