Friday, 1 April 2016

Tupperware Puncak Jalil Lokasi Yang Strategi

Puncak Jali adalah lokasi yang sangat trategi. Dulu kawasan ini nampak macam tempat terbiar, tapi sekarang sangat maju. Selepas lot lot kedai di PUJ 3 siap, harga rumah pun naik melambung. Puncak Jalil terletak lebih kurang 30KM dari KLCC. Bandar Puncak Jalil mempunyai dua akses iaitu dari kinrara dan dari taman equine. Kalau nak ke selatan anda boleh menggunakan laluan taman equine iaitu akses ke arah putrajaya. Jika anda mahu pergi membeli belah di pusat bandar kuala lumpur anda boleh menggunakan akses bandar kinrara.
 Untuk ke pusat bandar kuala lumpur, hanya ambil masa lebih kurang 20 minit sahaja melalui jalan puchong-bukit jalil, jalan sungai besi dan terus ke pusat bandar tanpa membayar tol. Jadi tak hairan lah ramai yang suka tinggal di puncak jalil.
 Kedai makan dan kedai runcit di puncak jalil pun banyak. Kalau malas masak semasa balik kerja terus boleh pergi ke PUJ 3 mencari kedai makan mamak atau kedai makan tom yam. Kalau nak makan western pun juga ada di jalan PUJ 3/9.
 Dalam bandar puncak jalil ni ada 3 buah klinik dan satu klinik yang beroperasi 24 jam. Jadi tak perlu risau untuk pergi jauh jauh jika ada kecemasan di waktu malam. Terus sahaja rujuk ke klinik di puncak jalil.
 Di hari minggu, setiap pagi ahad ada tapak jualan But Sale. Ramai jugak orang yang menjual dikawasan ini. Kalau anda yang menjual kat sini pun senang saja, just datang dan buka. tiada siapa nak halang. Tapi kat puncak jalil ni, kedai tupperware masih tak ada siapa buka lagi. Kalau anda nak jadi dealer sila lah buka.
 Sekolah yang berdekatan ialah sekolah kebangsaan taman desaminium, sekolah menengah puncak jalil dan sekolah bandar kinrara.

Menu Ulam Dan Kerabu Sajian Sihat

Sebut saja ulam ulaman atau pucuk dari kampung sudah pasti ramai yang terbayang menu masakan yang enak dan khasiat yang bagus untuk dimakan. Pada zaman dahulu, ulam ulaman dihidangkan setiap kali makan tengahari atau makan malam kerana ia menu utama orang kampung, namun sehingga kehari ini masih ramai lagi setiap kali makan tengahari atau makan malam, mereka menghidangkan ulam ulaman untuk dimakan. Menu ini sangat berkhasiat dan ada yang mengatakan ia petua awek muda. Kebanyakan orang yang makan ulam ulaman dikatakan nampak lebih muda dan lebih cergas. Untuk panduan semua, ini adalah makanan ulam ulaman yang sentiasa dihidangkan.

1. Peria Goreng Rangup
2. Kerabu Mengkudu
3. Kerabu Bunga Betik
4. Pucuk Pegaga
5. Sambal Nyior
6. Kerabu Cekur
7. Masak Tempoyak Daun Kayu
    ( Pucuk Ubi, Daun Kunyit, Labu, Daun Kadok dan Petai)
8. Pucuk Paku Goreng
9. Ulam Raja Air Asam

Lepas ini,sesiapa yang nak amal petua awek muda dan sentiasa nampak cergas bolehlah bertukar menu. Setiap kali makan sediakan ulam ulaman seperti diatas. Makan banyak pucuk ulam sebenarnya lebih kenyang lama berbanding makan nasi yang banyak.

Saturday, 19 March 2016

Tupperware Kuala Selangor - Pasar Nelayan Kuala Selangor

Ramai orang becakap pasal Kuala Selangor, tapi saya tak pernah pun sampai kesana. Mereka selalu bercakap tentang Pasar Pasir Penambang yang menjual ikan dengan harga yang murah. Saya tak banyak kali plan nak pergi kesana namun tiada masa yang sesuai untuk ke Kuala Selangor.
 Semalam, kebetulan dengan musim cuti sekolah ni, anak anak tiada kelas tuition, Jadi saya pun plan lah untuk ke Kuala Selangor untuk bercuti balik hari. Saya tengok dalam Waze, perjalanan dari Bandar Kinrara ke Kuala Selangor makan masa lebih kurang 1 jam 15 minit. Bertolak dalam pukul 11:45 pagi selepas makan tengahari. makan awal sikit hari ini sebab nak jimat duit. Tapi harga tol sangat mahal. RM8 sehala. Takperlah bukannya tiap tiap hari. Tapi terpikir jugak orang yang tiggal di Kuala Selangor, kerja di Kuala Lumpur ni. Berapalah belanja diorang sehari. Kalau gaji setakat 2 atau 3 ribu ringgit baik kerja kat Kuala Selangor lah.
 Bila sampai di Kuala Selangor, bandar Kuala Selangor bukanlah kampung sangat. Ada KFC dan McD tu. Banyak bangunan rumah kedai yang baru naik. Nampak tersusun jer bandar Kuala Selangor. Dalam perjalanan sebelum sampai ke Kuala Selangor, kami singgah sekejap di kedai Cendol Bakar. Ingatkan special cendol ni, rupanya biasa jer.. hehehe. sebab dah biasa makan cendol masa tinggal di Kelantan dulu. Bagi saya, cendok di Kelantan lagi sedap.
 Dalam pukul 1 lebih sikit, kami pun sampailah bandar Kuala Selangor. Kat sebelah kiri bandar selangor ni, tepi laut, banyak bangunan kerajaan. Ada nampak rumah api di Kuala Selangor Nature Park, tapi kami tak pergi kesana. Just nampak kut tepi sahaja. Kalau nak pergi tempat menarik di Kuala Selangor ni boleh lah singgah tempat ni. Tapi kami datang just nak pusing pusing jer. Nak pergi Pantai Remis di sungai Sembilang pun jauh lagi. Lagi pun panas terik sekarang ni tak sesuai untuk berjemur di tepi pantai. Pujuk anak anak lain kali lah kita pergi Pantai Remis. Nanti kita main layang layang, tengok matahari terbenam dan berkelah kat tepi pantai tu.
 Sampai jer kat Pasar Basah Pasir Penambang, kita orang pun berhenti sekejap untuk beli bahan mentah untuk masak seperti ikan jenahak, ikan merah, ketam, sotong dan udang galah. Harga kat sini lebih kurang harga di Pasar Borong Selangor tapi bahan mentah kat sini ni fresh. Ketam ni, masih hidup lagi. Beli lah tiga kilo, nak makan seafood kononnya nanti. haha. Tapi kena bawa tong ais kalau tuan puan nak datang sini sebab nak balik KL semula jauh. Tapi tong ais bleh beli kat sini, harga hanya rm5 jer. Hari ini habis dalam RM250 untuk beli bahan mentah seafood ni. Boleh tahan sebulan lebih nih. sebab bukana selalu makan pun. Kalau sesiapa nak tiru cara macam ni, pastikan peti ais anda tu besar supaya boleh simpan seafood anda tu lama lama.
 Lepas berborong ikan kat pasar, kami singgah Tesco sekejap untuk jumpa kawan, Minum-minum kat situ, pastu terus balik rumah. So begitulah perjalanan kali pertama saya ke kuala Selangor :) Lain kali boleh lah makan seafood kat Riverview Seafood atau Jeti Seafood kuala selangor. Tapi kena bertolak dalam pukul 3 petang sampai sana dalam waktu asar lepas tu pergi ke restoran :)

Sunday, 21 April 2013

Tuppeware Puchong Contact Saya di facebook

Saya kini sudah tidak menjual tupperware. Dulu pernah naik pangkat sampai director, tapi penat nak kena maintain tiap tiap bulan. Lama lama lambakan product tupperware penuh kat rumah sebab terpaksa beli untuk maintain sales sebagai director tupperware. Sesiapa yang nak mula start berniaga tupperware tu rasanya eloklah pikir dua tiga kali sebelum terjebak.
 Product tupperware ni memang bagus, tapi harganya sangat lah mahal. Sebagai rakyat malaysia yang terpaksa bayar itu ini dan taraf hidup serba mahal ni, baik anda beli tupperware yang sentiasa anda pakai sahaja. Jika tupperware tu tak pakai baik tak payah beli sebab nanti anda perlu ada ruang yang besar atau kabinet dapur yang luas untuk simpan tupperware anda.
 Semua product tupperware boleh dikatakan comel comel dan senang nak jaga. Saya 70% daripada barang dapur guna product tupperware, tapi ada juga yang mudah rosak sebab tak tahan panas. Macam senduk tupperware semasa memasak kena hati hati, jangan letak di tepi dapur kalau tak ia akan cair sebab panas. satu lagi dapur kukus roti pau tu, kena sentiasa isi air dalam kuali semasa menggunakannya, kalau tidak abis rosak. Lain lain product yang tidak terlibat dengan masakan setakat ni ok lagi. cuma jangan perlu diingatkan jangan letak tepi dapur semasa memasak. Itu sahaja.
Terima Kasih.

Monday, 15 April 2013

Tupperware Bangi Mum & Me Set

Kalau ada dua orang anak yang bersekolah. Memang sesuai ambil set ini. Isi minuman dan makanan untuk bekal ke sekolah. Harga pun tak lah mahal sangat. Color pun cantik. Untuk mak dan ayah bawa pergi ke office pun sangat sesuai. Sekarang zaman kegawatan ekonomi, jadi eloklah bawa bekal makanan ke office. Satu untuk nasi puteh satu lagi untuk isi lauk. Lauk plak buat satu jenis jer untuk jaga diet badan. Selain itu, boleh buat hidangan makanan. Ini sangat sesuai sebab makanan tengahari yang dihidang kadang kadang tak habis dimakan, jadi boleh disimpan untuk makan malam pula. Memang jimat dan tidak membazir. Kalau hidang dalam pinggang mangkuk, nanti nak kena salin bekas pula dan kena basuh pinggang mangkuk. Jadi elok lah terus hidang dalam bekas tupperware macam ini. Nak simpan dalam peti pun terus masuk jer. Lagipun saiz tupperware ni ngam ngam kan untuk masuk peti.. Comel kan.

Comprises :
Thirstbreak tumblers (2) 470ml
Large Square-A-Way (2) 680ml
Pouch
Rm63.90 Retail
Offer :rm40.00

Friday, 7 December 2012

Booth Tupperware Hari Ini : Persint 14, Putrajaya

Promosi : Nano Nature Water Filtration System

Tupperware Putrajaya Water Filter Promotion









10 Sebab Mengapa  Nano Nature Water Filtration System Adalah Pilihan Anda

 1. Teknologi Nano-Ceram berpaten berkesan untuk menyingkirkan sehingga 99.9999% bakteria dan 99.99% virus.

2. Penapis blok karbon teraktif berketumpangan tinggi sangat berkesan menyingkirkan 158 jenis bahan cemar!

3. Salah satu daripada sistem penapis air yang mencatatkan kadar aliran tertinggi di pasaran.

4. Mineral bermanfaat yang wujud secara semula jadi dalam air tetap dikekalkan.

5. Air diperkayakan dengan 19 jenis mineral bermanfaat dan dialkali untuk memberi manfaat kesihatan yang optimum.

6. Nilai hebat: Dengan hanya RM0.11** bagi setiap liter air, and dapat memastikan bahawa seisi keluarga boleh menikmati air yang bersih, selamt, beralkali dan padat dengan mineral.

7. TIDAK memerlukan elektrik.

8. Bentuk penapis yang kompak, penapisan yang sempurna.

9. Tidak perlu diselenggarakan. Pembersihan berkala tidak diperlukan.

10 .Komponen penapis dan prestasi diuji dan disahkan sepenuhnya oleh NSF dan WQA.





Promosi Water Filter (Year End Sales)
Potongan Harga Lebih RM900.00

Harga Biasa : RM2590.00
Ada potongan 25% untuk ahli Tupperware : RM2590.00 - 25% = RM1942.50


Sempena promosi hujung tahun, saya potong lagi RM300.00 ( sah sehingga 31st Dec 2012).

Jumlah Hanya RM1942.50 - RM300 = RM1642.50

Boleh buat 0% interest Credit Card monthly payment (RM137.00 x 12bulan)

Cepat sebelum terlambat!!! Hanya tinggal beberapa minggu lagi untuk mendapat harga ini.

Hubungi Tupperware Untuk Mengetahui Lebih Lanjut.

Wednesday, 5 December 2012

Booth Tupperware Hari Ini : Taman Lestari Putra


Promosi : Tupperware Turbo Chopper

Kini anda tidak perlu lagi menggunkan blander. Turbo Chopper senang digunakan untuk mengisar bawang. Masukkan bawang di dalam turbo chopper dan tarik pemegang tali beberapa kali. Dengan mata pisau yang tajam, bawang tadi akan lumat di kisarnya. Nak basuh pun senang. Nak simpan pun senang.
 Kerja menjadi cepat dengan tupperware Turbo Chopper ni. Anak anak nak tolong pon takder masalah sebab tak merbahaya. Hanya taraik tali jer untuk hancurkan semua bawang bawang yang kat dalam bekar chopper tu.
 Setiap orang mesti memiliki Tupperware Turbo Chopper. Jika anda banding dengan blander elektrik tu, memang susah sangat sebab nak chopper bawang sikit jer, kena pakai alat eletrik dan nak cuci pun satu hal lagi. Baik beli jer tupperware Turbo chopper. nak guna berapa kali pun takper sebab senang cuci.

Sila hubungi saya untuk harga istimewa.